Sunday 18 December 2011

kerna kamu terlalu aq sayangggg!!




Diamku tak bererti aq membenarkan
Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan
Bisingku tidak bererti aq menyalahkan
Bukan juga melukakan
Tapi kerana aq amat menyayangimu
Maka aq cuba sedaya yang termampu
Menarikmu bersama mencari keredhaan-Nya
Di bumi yg terbentang luas ini
Kerana sayangku kepadamu
Maka aq cuba... dan terus mencuba!
Aq tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri
Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan
Andai aq jumpa jalan
Tak akan kubiar kau sesat mencari jalan pulang
Aq akan! Itu janjiku!
Tapi hari ini hatiku benar-benar terguris
Terguris dengan tindakanmu
Terguris dengan janji palsumu untuk bersama-samaku mencari cahaya
Dan hati ini tiba-tiba timbul rasa benci
Benci kepada manusia yang menarik kau kembali ke jalan yang gelap
Hampir saja hari ini aq mungkiri janjiku itu
Namun tiba-tiba aq sedar
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Aq sama saja sepertimu
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti si durjana bersorak gembira atas kelemahan jiwa mujahid ini
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti, pasti pemilik cahaya itu akan bertanya kepadaku
Mengapa aq biarkan kau dalam kegelapan?
Aq tak mahu berjumpa dengan pemilik cahaya itu keseorangan..
Tak mahu..!
Kerana aq sayang kamu..
Maka aq akan cuba..dan terus mencuba!
Walau sekeping hatiku ini akan terluka teruk
Aq akan terus mencuba
..Kerana aq sayang kamu.. 
pls/bace dengn tenang ye:)
sesaje je nim
..terlebih rajin..



Thanks sudi baca luahan yang tak seberapa ini

No comments:

Post a Comment